surat 5 Mei 24, 2008
Posted by somadianart in Al Maidah, Quran.add a comment
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah memenuhi segala janji janji kamu. Dibenarkan
untuk kamu memakan dari binatang binatang ternakan, melainkan apa yang telah dikhaskan
larangannya didalam ini. Kamu tidak semestinya dibenarkan untuk pergi memburu semasa
menjalani ibadah Haji. Allah mendekrikan segala apa sahaja yang Dia kehendaki.
2. Wahai orang orang yang percaya, janganlah kamu melanggar rukun yang telah diinstitusikan
oleh Allah, tidak juga pada Bulan yang Suci, begitu juga dengan binatang untuk dikurbankan,
dan tidak juga kalungan yang ditandakan untuk binatang, dan begitu juga dengan orang orang
yang menuju keMasjid Suci (Ka’aba) untuk mencari keberkatan dari Tuhan mereka dengan
memohonkan keizinanNya. Apabila ibadah Haji kamu telah selesai, bolehlah kamu pergi
memburu.* Jangan sengaja kamu membuat pencerobohan kerana kebencian kamu kepada orang
orang yang telah menghalang kamu untuk pergi keMasjid Suci. Kamu mestilah bekerja sama
dalam melakukan kebaikan dan ketakwahan; jangan sekali kali kamu bersubahat dalam membuat
dosa dengan mengikuti langkah syaitan. Kamu mestilah mengingati Allah . Sesungguhnya
Allah Amat Keras dalam membuat hukuman.
Hanya Empat Daging
Yang Diharamkan “Binatang Yang
Mati Dengan Sendirinya” Di-Definisikan.
3. Diharamkan bagi kamu ialah binatang binatang yang mati dengan sendirinya, darah, daging
babi,* dan binatang binatang yang dipersembahkan selain dari Allah. (Binatang yang mati
dengan sendirinya termasuk yang) mati tercekik, diketuk dengan benda yang kuat, jatuh dari
tempat yang tinggi, rodokan yang berlumuran darah, diterkam oleh binatang buas – melainkan
kamu menyelamatkan binatang kamu sebelum ianya mati – dan binatang sembelihan yang
ditaruh dialtar untuk persembahan mereka. Dan juga diharamkan dengan membahagikan
daging melalui permainan yang dikhaskan pembayarannya melalui pertarungan; ini adalah satu
kekejian. Sekarang ini orang orang yang ingkar itu telah bertukar hati berkenaan (pembasmian)
agama kamu; jangan takuti mereka bahkan takutilah Aku. Hari ini, Aku telah lengkapkan agama
kamu, menyempurnakan rahmatKu kepada kamu, dan aku telah mendekrikan yang penyerahan
diri diri kamu semata mata (kepadaKu) sebagai agama kamu (Islam). Jika seseorang dipaksakan
kerana kebuluran (memakan makanan yang diharamkan), dengan tidak disengajakan untuk
membuat dosa, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
4. Mereka berbincang kepada kamu berkenaan apa yang dihalalkan untuk mereka; Katakan,
“Dihalalkan untuk kamu adalah kesemuanya yang baik, termasuk anjing dan helang yang terlatih
yang menangkapnya untuk kamu.” Kamu melatihnya dengan mengikut apa yang diajarkan oleh
Allah kepada kamu. Kamu bolehlah memakan apa yang ditangkapnya untuk kamu, dan sebutlah
nama Allah apabila memakannya. Kamu mesti mengingati Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Cekap apabila membuat Perhitungan.
5. Sekarang semua makanan yang baik telah dijadikan halal untuk kamu. Makanan orang orang
kitab adalah halal untuk kamu.* dan juga makanan kamu adalah halal untuk mereka. Juga kamu
boleh mengahwini perempuan yang suci diantara orang orang yang percaya, dan juga perempuan
yang suci diantara pengikut kitab yang dahulu jika kamu membayar mas kawin mereka. Kamu mesti
menjaga kesucian diri, dengan tidak berzina dan mempunyai perhubungan sulit. Sesiapa yang mengingkari kepercayaan selepas meyakininya, semua kebaktiannya akan lenyap begitu sahaja, dan diHari Akhirat kelak dia akan menjadi orang orang yang rugi.
______________________________________________________________________________________
*5:2 Memburu dan memotong tumbuh tumbuhan telah dilarang semasa mengerjakan Haji kerana untuk
membiakkan sumber alam. Dengan adanya ribuan pendatang yang memenuhi kota Mekkah, jika
pemburuan diizinkan, tanah suci itu akan kehilangan sumber alamnya. Binatang korban adalah
sebahagian dari rukun yang diperuntukkan untuk membantu para haji menjalankan perintah Ibadah
Haji, dan juga untuk penduduk penduduknya, dan untuk menambahkan sebarang kekurangan pembekalan.
Lihat 2:196.
*5:3 “Daging” babi diharamkan untuk dimakan bukanlah “lemaknya.” Sebarang yang tidak ada larangannya
dengan ketetapan didalam Quran dikirakan halal. Lihat 6:145-146.
*5:5 Ubah bahasa yang original tidak mempunyai perkataan ini, " dan Makanan kamu adalah halal untuk mereka", dimana perkataan originalnya Didapati dalam Quran yang berbahasa Arab.
_____________________________________________________________________________________
Mengambil Wudu’.
6. Wahai orang orang yang percaya, apabila kamu hendak Mengerjakan Sembahyang (Salat), kamu
mestilah: (1). Basuh muka muka kamu, (2). Basuh kedua tangan tangan kamu sampai kesiku,
(3) sapu kepala kepala kamu, dan (4) basuh kaki kaki kamu sampai kebuku lali. Jika kamu
belum bersih oleh kerana mengadakan perhubungan sek, kamu mestilah mandi. Jikalau kamu
sakit, ataupun dalam perjalanan, ataupun mengalami ketidak keselesaan kerana (buang air kecil
dan air besar atau mengeluarkan angin perut), ataupun mengadakan (sek) dengan membuat
perhubungan dengan perempuan, dan kamu tidak mendapatkan air, kamu mesti mengerjakan
pengambilan wudu’ kering (Tayammum) dengan menyentuhkan kedua tapak tangan ketanah
kering yang bersih lalu disapukan kemuka dan kedua tangan kamu. Allah tidak sekali
menjadikan agama susah untuk kamu; Dia ingin menyucikan kamu dan memenuhkan rahmatNya
kepada kamu, supaya kamu dapat mensyukurinya.
7. Ingatlah rahmat Allah kepada kamu, dengan perjanjianNya dan Dia membuat perjanjian dengan
kamu: kamu berkata, “Kami dengar dan kami ta’at.” Kamu mestilah mengingati Allah;
sesungguhnya Allah amat mengetahui segala apa yang kamu niatkan.
Kamu Jangan
Membuat Penipuan Dalam Bersaksi.
8. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah benar benar berlaku adil, dan mengingati Allah,
apabila kamu telah dipilih untuk menjadi saksi. Janganlah menjadikan konflik diantara kamu
membuatkan kamu membiarkan diri kamu terjerumus didalam melakukan ketidak adilan. Kamu
mestilah benar benar berlaku adil, kerana itu lebih lagi kebaikannya. Kamu mesti mengingati
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perihatin dengan segala apa yang kamu lakukan.
9. Allah menjanjikan kepada mereka yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang lurus akan
mendapat pengampunan dan juga ganjaran yang besar.
10. Bagi sesiapa yang ingkar dan mengingkari revelasi revelasi kami, mereka itulah penghuni Neraka.
Allah Membela
Orang Orang yang Percaya.
11. Wahai orang orang yang percaya, ingatlah nikmat Allah terhadap kamu; apabila sesetengah
manusia cuba memanjangkan tangan tangan mereka untuk membuat kejahatan kepada kamu,
Dia melindungi kamu dan menahan tangan tangan mereka dari mengenamu. Kamu mesti
mengingati Allah; kepada Allah sahaja orang orang percaya mesti menaruhkan kepercayaannya.
Syarat Syarat Untuk
Mendapatkan Perlindungan Allah.
12. Allah telah mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan kami melantik diantara mereka dua
belas keturunan yang mempunyai hak keistemewaan dalam menjalani urusan Tuhan. Dan
Allah bersabda, “Aku sentiasa akan bersama kamu, selagi kamu Mengerjakan Sembahyang
(Salat), dan berkewajiban dalam menderma (Zakat), dan percaya dengan revelasi revelasiKu
juga menghormatinya, dan sentiasa berterusan dengan meminjamkan Allah sesuatu pinjaman
yang berupa kebajikan. Barulah akan Aku mengampunkan dosa kamu, dan memasukkan kamu
didalam taman taman yang air sungai sungai yang mengalir. Sesiapa yang ingkar selepas ini,
maka tentu sekali dia telah tersesat jauh.
Akibatnya Kerana
Mencabuli Perjanjian Allah.
13. Itu adalah kerana mereka telah mencabuli perjanjian maka kami mengutuk mereka, dan kami
jadikan hati hati mereka menjadi keras. Akibatnya, mereka telah mengambil perkataan perkataan
dengan menukarkan konteksnya yang sebenar, dan mengabaikan sesetengah dari perintah perintah
yang diberikan kepada mereka. Kamu akan sentiasa dapat menyaksikan pengkhianatan mereka,
melainkan hanya sedikit dari mereka. Kamu mesti mengampuni mereka, dan tinggalkan mereka
Sesungguhnya Allah amat mencintai orang orang yang suka membuat kebaikan.
__________________________________________________________________________________
*5:12 Jika kamu memenuhi permintaan yang tertulis disurah ini, Allah akan memberitahukan yang
Dia berada bersama sama kamu; kamu tidak akan ada keraguan berkenaannya. Terkenal diantara
Tanda tanda Allah adalah tanda tanda matematika bagi orang orang yang faham tentang mukjizat
Quran (Appendik Satu).
__________________________________________________________________________________
Orang orang Nasrani
Juga Mesti Mematuhi Rasul Allah.
14. Juga dari mereka yang mengatakan, “Kami adalah orang orang Nasrani,” Kami menerima
perjanjian mereka. Tetapi mereka telah mengabaikan sesetengah perintah perintah yang telah
kami berikan kepada mereka. Akibatnya, kami mengutuk mereka dengan meletakan kemarahan
dan kebencian diantara mereka, sampailah kehari Kebangkitan kelak. Allah akan memberitahukan
kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.
Quran:
Adalah Mesej Dari
Allah Untuk Yahudi Dan Nasrani.
15. Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu dengan mengumumkan berkenaan
kebanyakan perkara yang telah kamu sembunyikan dari kitab, dan untuk mengampunkan
kebanyakan dari kejahatan yang kamu telah lakukan. Petunjuk telah datang kepada kamu dari
Allah, dan juga dengan kitab yang nayata.
16. Dengannya, Allah membimbing sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaranNya. Dia
membimbing mereka untuk menuju keamanan, juga dengan membukakan jalan bagi mereka
untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan kehendakNya, dan
membimbing mereka kejalan yang lurus.
Kekufuran
Yang Melampaui Batas.
17. Jahil sungguh bagi orang orang yang mengatakan bahwasanya Allah itu Al-Masih, anak kepada
Maryam. Katakan,”Siapakah yang dapat menentang Allah jika Dia berkehendakkan untuk
menghapuskan Al-Masih, anak kepada Maryam, ibunya, dan kesemua yang berada dibumi?”
Hanya Allah sahaja yang mempunyai segala kedaulatan yang ada disekelian cekrawalah dan
dibumi, dan segala galanya diantara keduanya. Dia menciptakan apa sahaja yang dikehendakiNya.
SesungguhNya Allah Maha Berkuasa.
Rasul Allah Untuk
Yahudi, Nasrani Dan Muslim.
18. Orang orang Yahudi dan Nasrani berkata, “Kami adalah anak anak Allah dan kekasihnya.
” Katakan, “Kenapa pula Dia menghukum kamu kerana dosa dosa kamu? Kamu hanyalah
manusia sebagaimana manusia lainnya yang Dia cipta.”Dia mengampuni sesiapa sahaja yang
dikehendakiNya dan Dia menghukum sesiapa yang dikehendakiNya. Kepunyaan Allah segala
kedaulatan yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan segala yang ada diantara keduanya,
dan kepadaNya sajalah destini yang terakhir.
Rasul Allah Yang Dijanjikan.
19. Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu untuk menerangkan sesuatu perkara
kepada kamu, selepas waktu yang lama tidak didatangi oleh rasul rasul, supaya tidak kamu
mengatakan kelak, “Kami tidak menerima sebarang dari orang yang dapat mengajarkan kami atau
memberikan kami amaran.” Orang yang mengajarkan dan juga pemberikan amaran telah datang
kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.*
20. Ingatlah semasa Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku ingatlah rahmat yang Allah
kurniakan kepada kamu: Dia melantik para nabi diantara kamu, menjadikan kamu raja raja,
dan memberikan ganjaran kepada kamu yang mana tidak pernah diberikan kepada sesiapapun
sebelumnya.
Allah Berikan
Tanah Suci Kepada Israel.
21. “Wahai kaumku, masuklah ketanah Suci yang Allah telah mendekrikan untuk kamu, dan jangan
kamu menentangnya, kelak kamu akan menjadi orang orang yang rugi.”
_____________________________________________________________________________________
*5:19 Ayat ini telah menyempurnakan ramalan didalam Bible dan Quran berkenaan kemunculan
Rasul Allah yang dijanjikan (Malachi 3:1, Quran 3:81). Nama bagi rasul ini tercatit didalam kod
matematika didalam Quran sebagai “Rashad Khalifah.” Ayat yang istimewa ini menunjukkan bukti
yang tertentu. Dengan mencampurkan nilai gematrikal “Rashad” (505), dicampurkan dengan nilai
gematrikal “Khalifah” (725), dicampurkan dengan nombor surah (5), dan dicampur juga dengan
ayat nombor (19), kita akan mendapatkan jumlah 505+725+5+19=1254, ataupun 19×66. Sembilan
belas adalah angka sebutan didalam Quran, yang mana telah diturunkan kepada Rashad Khalifah.
untuk pengetahuan yang selanjutnya. Sila lihat diAppendik Dua.
_____________________________________________________________________________________
22. Mereka berkata, “Wahai Musa, didalamnya ada manusia yang gagah perkasa, kami tidak akan
mahu memasukinya, melainkan mereka keluar dari situ. Jika mereka keluar barulah kami masuk
kedalam.”
23. Kedua lelaki yang dihormati dan dirahmati oleh Allah itu berkata, “Masuklah dipermukaan pintu
gerbang. Jika kamu cuba memasukinya, kamu tentu sekali akan dapat mengatasinya. Kamu mesti
percayakan Allah, jika sekiranya kamu dari orang orang yang percaya.”
Meskipun Kesemua
Mukjizat mukjizat Mereka Lihat.
24. Mereka berkata, “Wahai Musa, kami tidak akan memasukinya, selama mereka masih berada
didalam. Dari itu pergilah – kamu dan Tuhan kamu melawan mereka. Kami hanya mahu
duduk disini.”
25. Dia berkata, “Tuhan kami, aku hanya boleh menahan diriku dan saudaraku. Lantaran itu,
pisahkan kami dari kumpulan orang orang yang zalim ini.”
26. Dia bersabda, “Mulai sekarang, ini diharamkan untuk mereka selama empat puluh tahun,
dimana mereka akan mengembara dibumi ini dengan tidak ada arah tujuan. Jangan berdukacita
terhadap manusia yang zalim.
Pembunuhan Yang Pertama.*
27. Bacakan kepada mereka berita yang sebenarnya berkenaan keduanya anak Adam. Mereka
mengadakan persembahan, dan telah diterima satu diantara mereka, tetapi tidak kepada yang
satunya. Dia berkata, “Aku tentu sekali akan membunuh kau.” Dia berkata, “Allah menerima
hanya dari orang yang benar.
28. “Jika engkau menghulurkan tangan engkau untuk membunuhku, dan tidak aku berkeinginan
menghulurkan tanganku untuk membunuhmu. Kerana aku menghormati Allah Tuhan bagi
sekelian alam.
29. “Aku inginkan engkau, bukannya aku, untuk bertanggungjawab atas dosaku dan juga engkau,
dan engkau akan tentunya bersama dengan penghuni Neraka. Itulah balasan bagi orang orang
yang melampaui batas.”
30. Egonya telah menggalakkan dia dengan membunuh saudaranya. Dia membunuh saudaranya,
maka akhirnya menjadikan dirinya dikalangan orang orang yang rugi.
31. Maka Allah pun menghantarkan burung gagak untuk mengaiskan tanah supaya dapat
mengajarkannya bagaimana cara untuk menanamkan mayat saudaranya. Dia berkata,
“Celakalah aku kerana telah gagal untuk menjadikan diriku sepintar burung gagak ini, dan
supaya dapat aku tanamkan mayat saudaraku ini.” Dia menjadi tidak karuan kerana diselubungi
oleh penyesalan.
Pembunuhan
Yang Melampaui Batas.
32. Oleh kerana itu, kami mendekrikan untuk Bani Israil, bagi sesiapa yang membunuh seseorang
yang tidak melakukan pembunuhan ataupun yang tidak melakukan jenayah yang dahsyat, maka
adalah sama sepertinya yang dia telah membunuh kesemua manusia. Dan jika sesiapa yang
menyelamatkan nyawa, ini adalah seperti dia telah menyelamatkan keseluruhan nyawa manusia.
Para rasul kami telah datang kepada mereka dengan membawa bukti yang nyata, selepas
kesemuanya ini, mereka masih juga melampaui batas.
Hukum Bunuh:
Dapat Di-Berikan Alasan yang Kuat.
33. Pembalasan yang adil untuk sesiapa yang menentang Allah dan rasulNya, dengan melakukan
jenayah yang kejam, maka dianya mestilah dibunuh, ataupun disalib, ataupun tangan dan
kakinya dipotong berselang-seli diantaranya, ataupun dibuangkan negeri. Ini adalah untuk
memalukan kehidupan mereka didunia ini, dan diAkhirat kelak mereka akan menerima azab
yang lebih dahsyat.
_____________________________________________________________________________________
*5:27-31 Nama bagi kedua dua anak lelaki Adam yang tercatit sebagai pembunuhan yang pertama tidaklah
perlu. Tetapi nama mereka telah ditulis diBible sebagai Abel dan Cain (Genesis 4:2-9.
_____________________________________________________________________________________
34. Dikecualikan kepada mereka yang bertaubat sebelum kamu mengalahkan mereka. Kamu
mestilah ketahui yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
35. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah menghormati Allah dan carilah jalan walau
sesukar mana sekalipun demi untukNya, berusahalah sekuat kuatnya kerana Dia, supaya kamu
mendapat kejayaan.
Akibatnya Bagi
Orang orang Yang Ingkar.
36. Pasti sekali, sesiapa yang ingkar, jika mereka mempunyai segalanya apa yang ada didunia ini,
walaupun dua kali ganda banyaknya, dan ingin menyerahkan kesemuanya sebagai tebusan dari
azab Hari Kebangkitan, tidak akan diterima dari mereka; mereka akan mendapat pembalasan
yang sangat menyakitkan
37. Mereka ingin sekali keluar dari Neraka, bahkan, tidak sekali dapat mereka keluar daripadanya;
penyiksaan yang mereka alami itu akan berkekalan buat selama lamanya.
Matematika: Membuktikan Dan
Menyokong Keadilan Quran.
38. Pencuri, lelaki ataupun perempuan kamu mesti tandakan tangan tangan mereka* sebagai
hukuman kesalahan mereka, dan juga untuk dijadikan contoh oleh Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
39. Jika seseorang bertaubat selepas melakukan kesalahan ini, dan mereka telah membaiki diri
diri mereka, maka Allah telah mengampuni mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.
40. Tidakkah kamu ketahui yang kepunyaan Allah segala kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan
bumi? Dia menghukumkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, dan mengampunkan sesiapa
sahaja dengan kehendakNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
41. Wahai rasul, janganlah engkau merasa sedih dengan orang orang yang lekas mengingkarkan
diantara mereka, dengan mengatakan, “Kami percaya,” hanya dimulut mereka sahaja, padahal
dihati hati mereka tidak percaya. Ada diantara Yahudi, yang mendengarkan pembohongan.
Mereka mendengar daripada orang yang belum pernah bertemu dengan engkau, lalu
memutarbelitkan perkataan perkataan yang terkeluar dari konteksnya, sambil mengatakan,
“Jika kamu diberikan ini, terimalah, tetapi sekiranya jika kamu diberikan sesuatu yang berlainan,
berjagalah.” Sesiapa sahaja yang Allah izinkan berpaling dari kebenaran, maka tidak ada apa
yang dapat engkau lakukan untuk menolong mereka dari Allah. Allah tidak mengingini untuk
membersihkan hati hati mereka. Mereka telah mendapatkan kehidupan yang hina didunia ini,
dan diAkhirat kelak, mereka akan menderita dengan hukuman yang dahsyat.
42. Merekalah orang yang mengamalkan kebohongan, dan memakan dari hasil pendapatan yang
haram. Jika mereka datang kepada kamu untuk meminta dihakimkan diantara mereka, maka
kamu bolehlah menghakimi mereka, ataupun kamu bolehlah juga dengan membiarkan mereka.
Jika kamu memilih untuk meninggalkan mereka, mereka tidak akan dapat menyakiti kamu
walau sedikit sekalipun.Tetapi jika kamu menghakimkan mereka berlakulah adil dan saksama.
Sesungguhnya Allah Amat Mencintai orang orang yang kesaksamaan.
______________________________________________________________________________________
*5:38 Amalan memotong tangan pencuri pencuri, yang mana telah didekrikan oleh muslim
yang korup, adalah amalan yang dipraktikkan oleh syaitan dengan tidak mempunyai asas dari
Quran. Demi untuk membuktikan keistemewaa bagi contohnya, Allah telah mengadakan bukti
matematika untuk menunjukkan kesalahan mereka dan menyokong supaya menandakan tangan
pencuri saja, dari memotongnya terus. Ayat 12:31 menyatakan berkenaan wanita wanita yang
terlalu khayal dengan kekacakan Yusuf Lalu mereka “memotong” tangan tangan mereka.
Tentu sekali mereka tidaklah memotong tangan tangan mereka; tidak ada siapa yang boleh
melakukan demikian. Nombor surah dan nombor ayat adalah sama kerana 5:38 dan 12:31totalnya
adalah sama 43. Dengan kehendak dan belas kasih dari Allah bahwa perhubungan matematika yang
membuktikan Quran kod 19. Sembilan belas ayat ayat selepas 12:31, kita akan dapati perkataan
yang sama (12:50).
_____________________________________________________________________________________
43. Kenapa mesti mereka meminta supaya kamu menghakimkan diantara mereka, sedangkan mereka
mempunyai Taurat, yang mengandungi hukum hukum Allah, yang mereka sendiri memilih untuk
tidak mempedulikannya? Mereka bukanlah orang orang yang percaya.
Memuliakan
Kitab yang Terdahulu.
44. Kami telah turunkan Taurat,* yang mengandungi petunjuk dan penerangan. Dengan mengikuti
perintah yang berterusan dari para nabi dari orang Yahudi, dan juga dari rabai rabai dan padri
padri mereka, yang telah diimlakkan kepada mereka dari kitab Allah, dan mereka telah
mempersaksikannya. Dari itu, jangan menyanjungi manusia; bahkan sanjungilah Aku. Dan
janganlah sekali kali kamu memperniagakan revelasi revelasiKu dengan harga yang murah.
Sesiapa yang tidak mengikuti perintah yang telah disejajarkan dengan revelasi revelasi Allah
maka merekalah orang orang yang ingkar.
Undang Undang Persamaan.
45. Dan kami mendekrikan didalamnya: nyawa dibalas dengan nyawa, mata dengan mata, hidung
dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan persamaan luka dengan sebarang
luka. Jika seorang dapat disitakan apa yang diperuntukkan kepadanya itu untuk didermakan,
maka itu akan dapat menebuskan dosa dosanya. Sesiapa yang tidak menjalankan perintah yang
disejajarkan dengan revelasi revelasi Allah tidaklah adil.
Injil Kepada Isa: Petunjuk Dan Cahaya
46. Selepas itu, kami hantarkan Isa anak Maryam kepada mereka, mengesahkan kitab sebelumnya,
Taurat. Kami berikan kepadanya Injil, yang mengandungi garis panduan dan penerangan, juga
mengesahkan kitab yang dahulu, Taurat, dan memberikan tambahan dengan petunjuk dan
keterangan, juga untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang benar.
47. Orang orang yang mengikuti kitab Injil mestilah mengikut peraturan yang sejajar dengan
revelasi revelasi Allah yang termaktub didalamnya. Sesiapa yang tidak mengikuti peraturan
yang diselaraskan dengan revelasi revelasi Allah maka adalah mereka itu orang orang yang zalim.
Quran: Rujukan Yang Terakhir.
48. Dan kami telah memaklumkan kepada kamu dengan kitab ini, yang penuh dengan kebenaran,
mengesahkan kitab kitab sebelumnya, yang telah digantikannya dengan yang ada sekarang.
kamu mestilah mengikuti peraturan yang diselaraskan dengan revelasi revelasi Allah, dan
janganlah mengikuti kehendak mereka jikalau mereka mempunyai berlainan pendapat,
berkenaan kebenaran yang telah datang kepada kamu.Tiap tiap satu diantara kamu, kami telah
memberikan undang undang dan rukun yang berlainan. Jika Allah menghendakinya Dia boleh
menjadikan kamu semua satu perhimpunan yang sama.Tetapi Dia telah menjadikan itu satu
ujian kepada kamu melalui revelasi revelasi yang telah diberikan kepada setiap diantara kamu.
Kamu mesti berlumba lumba dalam melakukan kebaikan. Kepada Allah sahajalah destini
kamu yang terakhir – kesemuanya kamu - dan Dia akan memberitahukan kepada kamu akan
segala apa yang kamu telah pertikaikan.
49. Kamu mestilah menunjukkan kepada mereka dengan menurut revelasi revelasi Allah yang telah
diturunkan kepada kamu. Jangan sekali kamu mengikuti kehendak mereka, dan berrhati hati
terhadap mereka supaya mereka tidak dapat melencongkan kamu dari beberapa revelasi revelasi
Allah yang telah diturunkan kepada kamu. Jika mereka berpaling, dan ketahuilah hanya dengan
kehendak Allah jua dihukumkannya sesetengah dari dosa yang mereka telah lakukan,
Sesungguhnya, kebanyakkan dari mereka itulah yang zalim.
50. Adakah mereka mahu mengamalkan undang undang dimasa jahiliah dahulu? Undang undang
siapakah yang lebih baik daripada Allah bagi orang orang yang telah mendapat keyakinan?.
______________________________________________________________________________________
*5:44 Taurat adalah pungutan dari semua kitab kitab yang diturunkan kepada semua para nabi dari
bani Israil terutamanya Isa Al-Masih, dan juga Old Testament sekarang. Tidak ada didalam Quran
yang boleh kita dapati Taurat telah diberikan kepada Musa.
______________________________________________________________________________________
Ada Di-Antara
Yahudi Dan Nasrani
Tidak Boleh Dijadikan Kawan.*
51. Wahai orang orang yang percaya, jangan mengambil sesetengah Yahudi dan Nasrani untuk
menjalinkan perhubungan berikatan dengan mereka; mereka itulah pihak berikatan diantara
satu dan lainnya. Sesiapa diantara kamu yang membuat demikian dengan mereka, maka adalah
kamu menjadi sebahagian dari mereka. Allah tidak akan membimbing orang orang yang
melampaui batas.
52. Kamu akan melihat orang orang yang menyimpankan perasaan keraguan dihati mereka itu
bersegera untuk bersama dengan mereka, dan berkata, “Kami takut kita akan dikalahkan.”
Semoga Allah memberikan kemenangan, ataupun perintah dariNya, itu akan membuatkan
mereka menyesal kerana merahsiakan niat mereka.
53. Orang orang yang percaya akan mengatakan, “Adakah ini orangnya yang bersumpah dengan
seriusnya kepada Allah yang mereka itu bersama kamu?” Amalan mereka telah terbatal;
merekalah orang orang yang rugi.
54. Wahai orang orang yang percaya, jika kamu berbalik dari agama kamu, maka Allah akan
menggantikan tempat kamu dengan orang lain, kepada manusia yang Dia cintai dan
menyintaiNya. Mereka akan berlaku baik kepada orang orang yang percaya, dan bersifat
tegas kepada orang orang yang ingkar, dan sedia berjuang kejalan Allah dengan tidak
merasakan takut dari tuduhan. Demikianlah rahmat Allah; Dia mengurniakannya
dengan sesiapa juga yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Luas KekuasaanNya
lagi Maha Mengetahui akan segala galanya.
55. Berikatan yang sebenarnya bagi kamu adalah Allah dan rasulNya, dan orang orang yang
percaya yang Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan yang memberikan derma yang
diwajibkan (Zakat), dan juga mereka yang tunduk.
56. Sesiapa yang berikatan diri mereka dengan Allah dan rasulNya, dan juga dengan orang
orang yang percaya, maka mereka telah berada didalam parti Allah. Sesungguhnya,
merekalah orang orang yang berjaya.
Yang Mana Yahudi Dan Nasrani.
57. Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu berkawan dengan penerima kitab yang terdahulu
yang mempersenda dan mengejekkan agama kamu, dan jangan juga kamu berkawan dengan
orang orang yang ingkar. Kamu mesti memuliakan Allah kalau kamu benar benar orang orang
yang percaya.
Penerima Kitab
Yang Melampaui Batas.
58. Apabila kamu memanggil mereka untuk Mengerjakan Sembahyang (Salat). Mereka
mempersendakan dan juga mengejek ngejekkannya. Ini kerana mereka adalah orang orang
yang tidak mengerti.
59. Katakan, “Wahai manusia yang mengikut kitab, tidakkah kamu membenci kami kerana kami
mempercayai Allah, dan apa yang telah diturunkan kepada kami, dan apa yang telah diturunkan
sebelum kami dan kerana kebanyakan dari kamu yang tidak benar?”
60. Katakan, “Biarlah aku memberitahukan kepada kamu siapakah yang paling buruk disisi Allah:
mereka yang dikutuki Allah setelah mendapat kemurkaanNya dengan menjadikan mereka
(yang berperangai seperti) monyet dan babi dan juga orang orang yang menyekutukan (Allah).
Inilah yang paling jahat dan yang paling jauh dari mendapatkan petunjuk yang lurus.”
61. Apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami percaya,” walaupun mereka itu
mengingkarkannya bila saja mereka masuk kedalam, dan manakala mereka keluar dari situ pun
penuh dengan keingkaran. Sesungguhnya Allah Amat Perihatin dengan apa yang mereka
rahsiakannya.
_____________________________________________________________________________________
*5:51Perhubungan diantara orang orang lain telah ditunjukkan didalam 5:57 & 60:8-9.
Orang orang Yahudi dan Kristian yang tidak boleh dijadikan sahabat telah disebutkan didalam 5:57;
mereka adalah orang orangnya yang mengejek ejek dan mempersendakan orang orang yang percaya, ataupun dengan menyerang mereka.
______________________________________________________________________________________
62. Kamu akan melihat ramai diantara mereka yang bersedia membuat kemungkaran dengan
melakukan segala macam kejahatan, dengan memakan hasil dari pekerjaan yang haram. Azab
sungguh apa yang mereka telah usahakan
63. Jika hanya rabbai rabbai dan padri padri menyuruh mereka dengan perkataan perkataan keji
dan memakan hasil dari pekerjaan yang haram! Maka sungguhlah amat dikutuk dengan apa
yang telah mereka komitkan.
Kekufuran Terhadap Allah.
64. Orang orang Yahudi malahan berkata, “Tangan Allah telah terikat!” Bahkan tangan tangan
mereka yang terikat. Mereka telah dikutuk kerana perkataan kufur yang dilafazkan. Sebaliknya,
tangan tanganNya yang terbuka luas, mengeluarkan apa sahaja yang dikehendakNya.Tentu
sekali revelasi revelasi yang Allah berikan kepada kamu telah menjadikan mereka terjerumus
jauh kedalam kemungkaran dan keingkaran. Akibatnya kami telah komitkan mereka dengan
kemarahan dan kebencian diantara mereka sampai keHari Kebangkitan. Apabila saja mereka
menyalakan api peperangan, Allah menghilangkannya. Mereka menjelajah dimuka bumi ini
dengan zalimnya, sesungguhnya Allah Amat Membenci kepada orang orang yang zalim.
Keselamatan
Untuk Yahudi Dan Nasrani.
65. Jika hanya pengikut pengikut kitab mempercayainya dan menjalani kehidupan yang baik, kami
akan mengampunkan dosa dosa mereka, dan memasukkan mereka ditaman yang penuh dengan
kebahagiaan.
Mereka Mestilah
Mempercayai Quran Ini.
66. Jika hanya mereka memegang Taurat dan Injil, dan apa yang telah diturunkan didalam ini dari
Tuhan mereka, mereka akan mendapatkan kurniaan rahmat diatas dan dibawah kaki kaki mereka.
Ada diantara mereka yang takwah dan kebanyakan dari mereka yang zalim.
Rasul Mesti Menyampaikan.
67. Wahai rasul, sampaikanlah apa yang telah beritakan kepada kamu dari Tuhan kamu – sampai
kamu lakukan, kamu belum sampaikan perutusanNya – dan Allah akan melindungi kamu dari
manusia. Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang orang yang ingkar.
68. Katakan, “Wahai orang orang kitab, kamu tidak mempunyai asas melainkan hanya kalau kamu
mendukung Taurat, dan Injil, dan apa yang telah diturunkan kepada kamu didalam ini dari Tuhan
kamu.” Tentu sekali, ini adalah revelasi revelasi dari Tuhan kamu yang akan menjadikan mereka
terjerumus jauh kedalam kekufuran dan keingkaran. Dari itu, jangan kamu merasa sedih terhadap
orang orang yang ingkar.
Minimum
Keperluan Untuk Keselamatan.
69. Sudah tentu, sesiapa yang percaya, mereka adalah Yahudi, sabiian (mualaf) dan juga Nasrani;
kesemuanya mereka yang (1) percaya kepada Allah (2) percaya kepda Akhirat (3) dan menjalani
kehidupan yang lurus, tidak apa yang perlu ditakutkan dan tidak perlu juga bersedih.
70. Kami telah mengambil perjanjian kepada bani Israil, dan kami hantarkan kepada mereka para
rasul. Apabila saja rasul datang kepada mereka dengan apa yang mereka tidak sukakan, ada yang
mereka mengingkarinya dan ada pula yang mereka bunuh.
71. Mereka berfikir yang mereka itu tidak akan dicuba, lantaran itu mereka berpaling seperti orang
buta dan pekak, dan Allah mengampuni mereka, malahan banyak lagi diantara mereka yang
membisu dan memekakkan diri. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang mereka
lakukan.
Kristianiti (Nasrani)
Bukanlah Dari Agama Isa.
72. Jahil sungguh mereka yang berkata Allah itu Al-Masih, anak kepada Maryam.Al-Masih sendiri
berkata, “Wahai Bani Israil, kamu mestilah sembah Allah; Tuhanku* dan Tuhan kamu.” Sesiapa
yang mengadakan sesuatu yang disekutukannya dengan Allah, Allah telah mengharamkan syurga
untuk mereka, dan destininya adalah Neraka. Orang orang yang zalim itu tidak akan
mendapatkan pertolongan.
73. Jahil sungguh mereka yang mengatakan Allah adalah ketiga dari triniti. Tidak ada Tuhan selain
Dia, Tuhan yang satu. Melainkan jika mereka berhenti dari mengatakan sedemikian, sesiapa
yang ingkar diantara mereka akan mendapat azab yang pedih.
74. Tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah, dan memintakan pengampunan dariNya?
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
75. Al-Masih anak Maryam, tidak lain dia hanyalah rasul seperti para rasul sebelumnya, dan ibunya
adalah walli. Kedua dua mereka itu memakan makanan. Lihatlah bagaimana kami menerangkan
revelasi revelasi kami kepada mereka, dan lihatlah bagaimana mereka masih juga menyimpang!
76. Katakan, “Adakah kamu menyembah sesuatu selain dari Allah yang tidak ada kekuasaan
langsung untuk menyakiti kamu ataupun memberikan kebaikan kepada kamu.? Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Berhati Hati Apabila
Memilih Kawan.
77. Katakan, “Wahai orang orang kitab, janganlah kamu melampaui batas berkenaan agama kamu
dengan melebihi dari kebenaran dan jangan kamu mengikutkan pendapat pendapat dari manusia
yang telah tersesat jauh, yang telah menyesatkan berganda ramainya manusia; mereka telah
tersesat jauh dari jalan yang benar.”
78. Kutukan bagi mereka yang ingkar diantara Bani Israil, dari lisan Daud dan Isa, anak Maryam.
Ini kerana mereka tidak ta’at dan melampaui batas.
Apati Di-Kutuk.
79. Mereka tidak menasihatkan satu sama lainnya suapaya jangan mengkomit kemungkaran.
Sengsara sungguh dari apa yang telah mereka lakukan.
80. Kamu akan melihat ramai diantara mereka yang berpihak berikatan dengan orang orang yang
ingkar. Sengsara sungguh apa yang tangan tangan mereka yang membawakan kerugian bagi
pihak roh roh mereka. Allah sangat memurkai mereka, akibatnya, azab yang mereka terima
akan berkekalan untuk selama lamanya.
81. Sekiranya mereka percaya kepada Allah, dan nabi, dan apa yang telah diturunkan kepada dia
didalam ini, mereka tidak akan mahu berkawan dengan mereka. Sesungguhnya kebanyakan
mereka itu adalah zalim.
Fakta Fakta Yang Benar.
82. Kamu akan mendapati musuh yang paling buruk sekali bagi orang orang yang percaya ialah
orang orangYahudi dan orang orang yang menyekutukan (Allah). Dan akan kamu ketahui
manusia yang paling dekat didalam persahabatan dengan orang orang yang percaya adalah
mereka yang mengatakan, “Kami adalah Kristian (Nasrani).” Ini oleh kerana mereka
mempunyai padri padri dan rahib rahib diantara mereka, dan mereka tidaklah
menyombongkan diri.
____________________________________________________________________________________
*5:72-76 John 20:17 kita dapat melihat yang Isa tidak mengajarkan mereka tentang dirinya sebagai
Tuhan ataupun anak Tuhan. Kebanyakan ahli teologi telah bersefahaman, selepas mengadakan
penyelidikan yang teliti, bahwa Kristian sekarang tidaklah sama seperti Kristian yang telah
diajarkan oleh Isa. Dua buku yang sangat memberangsangkan berkenaan perkara ini adalah “The Myth
of God Incarnat” (The Westminster Press, Philadilphia, 1977) dan “The Mythmaker” (Haper & Row, New
York, 1986). Dihadapannya “The Mythmaker” kita dapati tertulis demikian: “…Hyam Maccoby
menunjukkan pertikaian yang baru untuk menyokong pandangan Paul, bukannya Jesus, yang
menubuhkan Kristianiti…. Ia adalah Paul yang menciptakan agama yang baru selepas Jesus
dengan visinya berkenaan Jesus sebagai penyelamat suci yang mati kerana menyelamatkan
manusia.”
_____________________________________________________________________________________
83. Apabila mereka mendengar apa yang telah disampaikan oleh rasul, kamu akan melihat mata
mata mereka penuh dengan air mata kerana mereka telah mengenal akan kebenarannya, dan
mereka berkata, “Tuhan kami, kami telah percaya, lantaran itu jadikanlah kami diantara saksi
saksi.
84. “Mengapa mesti kami tidak mahu percaya kepada Allah, dan kebenaran yang telah sampai
kepada kami, dan berharap agar Tuhan kami akan memasukkan kami bersama sama dengan
manusia yang benar?.
85. Allah telah memberikan ganjaran kepada mereka dengan perkataan yang sedemikian;
Dia akan memasukkan mereka didalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir.
Itulah ganjaran bagi orang orang yang benar.
86. Bagi sesiapa yang ingkar dan mengingkari akan revelasi revelasi kami, mereka itulah
penghuni Neraka.
Jangan Mengharamkan
Barang Barang Yang Halal.
87. Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu mengharamkan barang barang yang baik yang
telah dihalalkan oleh Allah, dan janganlah berketerlaluan; sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang orang yang melampaui batas.
88. Dan makanlah dari yang baik dan barang yang dihalalkan yang Allah telah mengadakannya
untuk kamu. Kamu mesti memuliakan Allah, keranaNyalah maka kamu menjadi orang orang
yang percaya.
Jangan Ambil Nama
Allah untuk Di-Sia Siakan.
89. Allah tidak akan menjadikan tanggungjawab dengan sumpahan yang cuma digunakan dalam
percakapan kamu sahaja; Dia akan menjadikannya tanggungjawab diatas apa yang kamu niatkan.
Jika kamu melanggar sumpahan kamu, kamu mestilah menebusnya dengan memberikan makan
kepada sepuluh orang miskin dari makanan yang sama kamu berikan kepada keluarga kamu,
ataupun berikan mereka pakaian, ataupun membebaskan hamba. Jika kamu tidak ada kemampuan,
maka kamu mestilah berpuasa tiga hari. Ini adalah satu penebusan kerana melanggar sumpah
yang kamu telah berjanji untuk menyimpannya. Kamu mesti penuhi sumpah kamu. Allah telah
menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu, supaya kamu dapat bersyukur.
Segala Yang
Memabukkan Dan
Perjudian Di-Haramkan.
90. Wahai orang orang yang percaya, minuman keras, perjudian, berhala berhala diatas altar
dan permainan dengan bertaruhan nasib, ini semua adalah perbuatan keji dari syaitan;
kamu mestilah menjauhkan diri darinya, supaya kamu beroleh kejayaan.
91. Syaitan cuba menggalakkan kamu dengan kemarahan dan kebencian diantara kamu melalui
minum keras dan juga perjudian, dan supaya dapat melupakan kamu dari mengingati Allah,
dan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Dapatkah kamu menahan diri?
92. Kamu mestilah patuh kepada Allah, dan kamu mesti juga mematuhi rasul, dan berwaspadalah.
Jika kamu berpaling, maka kamu mesti ketahui bahwa kewajiban yang pertama bagi rasul kami
hanyalah untuk menyampaikan mesej dengan cekap.
93. Mereka yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, tidaklah bersalah dengan memakan
sebarang makanan, asalkan mereka mematuhi segala perintah, dan percaya serta mengamalkan
kehidupan yang lurus, dan tetap memelihara keta’atan dan keimanan, dan sentiasa berterusan
dalam ketakwahan dengan bertindak sewajarnya. Sesungguhnya Allah Amat Mencintai orang
orang yang benar.
Konservasi Permainan.
94. Wahai orang orang yang percaya, Allah akan menduga kamu dengan beberapa permainan
yang dengannya dapat mencapaikan tangan kamu dengan anak anak panah kamu (semasa
Ibadah Haji). Allah lantas membezakan yang mana diantara kamu yang mengingati Dia
didalam kebersendirian. Mereka yang keterlaluan sesudah ini akan mendapat balasan
yang pedih.
95. Wahai orang orang yang percaya, janganlah kamu pertarungan dengan membunuh dalam
sebarang permainan dimasa menjalani Ibadah Haji. Sesiapa dengan sengajanya membunuh
didalam permainan, dendanya mestilah dengan seekor binatang ternakan yang bersamaan
dengan binatang yang dibunuh. Penghakimnya mestilah dari dua orang yang yang adil diantara
kamu. Mereka mesti betul betul yakin yang kurbannya itu sampai diKa’bah. Kalau tidak, dia
mesti menggantikannya dengan memberikan makan kepada orang miskin, ataupun dia mesti
berpuasa seimbang untuk menebuskan kesalahannya. Allah telah mengampuni dosa dosa yang
lalu. Jika sesiapa yang kembali semula dengan kesalahan yang sama, Allah akan membalasnya.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Penuntut bela.
Semua Haiwan Haiwan
Di-Dalam Laut Halal Untuk Di-Makan.
96. Semua ikan ikan dilaut adalah halal untuk kamu memakannya. Semasa menunaikan Ibadah Haji,
ini adalah persedian untuk kamu dimasa perjalanan. Kamu tidak semestinya berburu dimasa
mengerjakan Ibadah Haji. Kamu mestilah menghormati Allah, kerana kesemuanya kamu kelak
akan dikumpulkan.
97. Allah telah menjadikan Ka’bah, dan Masjid Suci,* untuk dijadikan tempat yang suci bagi
sekelian manusia, dan begitu juga dengan bulan-bulan yang Suci, persembahan (diMasjid Suci)
dan kalungan yang ditandakan kepada binatang-binatang untuk persembahan. Kamu mestilah
mengetahui bahawa Alah tahu segala apa yang berada disekelian cekrawala dan dibumi,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
98. Ketahuilah yang Allah amat keras dalam menjalankan hukuman, dan sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
99. Kewajiban rasul hanya menyampaikan mesej, dan Allah Amat Ketahui segala apa yang kamu
nyatakan dan juga apa yang kamu rahsiakan.
100. Umumkanlah: “Yang buruk dan yang baik tidaklah sama, walau sekalipun banyaknya
keburukkan itu menjadikan kamu tertarik dengannya. Kamu mesti mengingati Allah,
(biarpun hanya sebilangan kecil diantara kamu) wahai kaum intelektual, supaya kamu
mendapat kejayaan
101. Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu menanyakan sesuatu perkara yang, jika
diterangkan kepada kamu dengan terlalu awal, akan menyakiti kamu. Jika kamu
menanyakan mereka dengan penerangan dari Quran, ini akan menjadikan jelas kepada
kamu. Allah dengan sengajanya telah memperlihatkan kepada mereka. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
102. Yang lainnya dari kamu telah menanyakan soalan yang sama, lantas Mengingkarkannya
disitu juga.
103. Allah tidak mengharamkan binatang ternakan yang mempunyai percampuran jantinanya,
dan tidak juga binatang yang bebas dengan sumpah, tidak juga dengan satu yang mendapatkan
dua ekor jantan yang berderet, tidak juga lembu jantan yang berbapakan sepuluh. Itu semua
adalah dari orang orang yang ingkar yang mereka-rekakan pembohongan terhadap Allah.
Kebanyakkan daripada mereka itulah yang tidak mengerti.
Jangan Mengikut Agama
Ibu Bapa Ibu Bapa Dengan Membuta Tuli.
104. Apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah ikuti apa yang Allah telah terangkan dan ikutilah
rasul,” mereka berkata, “Apa yang kami dapati ibu bapa ibi bapa kami amalkan itu cukuplah
bagi kami.” Apa akan jadi sekiranya ibu bapa ibu bapa mereka tidak mengetahui suatu apapun
dan tidak mendapat petunjuk?
_____________________________________________________________________________________
*5:97 Penyembah pujaan yang muslim telah mengakui adanya dua “Masjid Suci” dengan menjadikan
kubur Nabi diantara Masjid Suci. Tetapi Quran hanya menyatakan satu “Masjid Suci.” Saja.
______________________________________________________________________________________
105. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah risaukan diri kamu sendiri. Jika yang lainnya
menuju kesesatan, mereka tidak akan dapat menyakiti kamu, selagi kamu mendapat bimbingan.
Kepada Allah sahajalah destini yang terakhir, dan Dia akan memberitahukan segala apa
yang telah kamu lakukan.
Menyaksikan Wasiat.
106. Wahai orang orang yang percaya, untuk menyaksikan wasiat apabila seorang dari kamu hampir
mati mesti dilakukan oleh dua orang yang adil diantara kamu. Jika kamu didalam perjalanan,
kedua yang lain bolehlah bersaksikannya. Selepas Mengerjakan Sembahyang (Salat), maka
keduanya bolehlah bersumpah kepada Allah, supaya dapat meringankan keraguan kamu:
“Kami tidak akan menggunakan ini untuk mendapatkan keuntungan secara peribadi, walaupun
pewasiatnya masih saudara kepada kami. Dan tidak juga akan kami sembunyikan testimoni dari
Allah. Jika tidak, sudah tentu kami akan menjadi orang orang yang berdosa.”
107. Jika saksi saksi itu telah didapati bersalah ataupun berat sebelah, dan kedua lainnya mestilah
digantikan ditempat mereka. Pilihlah dua orang yang telah dijadikan mangsa oleh pesaksi yang
pertama, dan suruhlah mereka bersumpah kepada Allah: “Testimoni kami lebih benar dari
mereka; kami tidak akan menjadikan diri diri kami berat sebelah jika tidak, kami adalah dari
orang orang yang melampaui batas.
108. Ini lebih lagi sesuai untuk menggalakkan testimoni yang jujur dipihak mereka, kerana takuti
kelak yang mereka tidak akan mengendahkan sumpah seperti pesaksi yang pertama. Kamu
mestilah mengingati Allah dan dengarkan. Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang
orang yang zalim.
Para Rasul Yang
Telah Wafat Tidak
Tahu Apa Yang Terjadi.
109. Akan datang pada hari dimana Allah akan memanggil para rasul kesemuanya untuk ditanyakan
kepada mereka, “Bagaimanakah respons mereka kepada kamu?” Mereka akan berkata, “Kami
tidak ada pengetahuan. Engkau sahajalah yang mengetahui segala rahsia.”
110. Allah akan berkata, “Wahai Isa anak Maryam, ingatlah rahmatKu kepada engkau dan juga
ibumu. Aku membantu engkau dengan Roh Suci, dan membenarkan engkau bercakap dengan
manusia didalam buaian, sehinggalah engkau dewasa. Aku mengajarkan engkau berkenaan
kitab, kebijaksanaan, tentang Taurat dan Injil. Ingatlah yang engkau membuat burung dari tanah
liat dengan izinKu, dan meniup dengannya lantas menjadikannya seekor burung yang bernyawa
dengan izinKu. Engkau pulihkan orang yang buta juga penyakit kusta dengan izinKu dan
menghidupkan semula orang yang mati dengan keizinanKu. Ingatlah yang Aku telah
melindungimu dari bani Israil yang mahu menyakitimu, walaupun mukjizat mukjizat yang
penuh dengan pengetahuan yang telah engkau tunjukkan kepada mereka. Orang orang yang
ingkar diantara mereka berkata, ‘Ini adalah magik yang nyata.’
111. “Ingatlah yang Aku telah menginspirasikan kepada pengikutmu: ‘Kamu mesti mempercayai
Aku dan rasulKu.’ Mereka berkata, ‘Kami telah percaya, dan menjadi saksi yang kami adalah
orang orang yang menyerahkan diri diri kami sepenuhnya (kepadaMu).’ ”
Hidangan.
112. Ingatlah pengikut pengikutnya berkata, “Wahai Isa, anak Maryam, apa bolehkah Tuhan kamu
turunkan kepada kami hidangan dari langit?” Dia berkata, “Kamu mestilah menghormati Allah,
jika sebenarnya kamu adalah orang orang yang percaya.”
113. Mereka berkata, “Kami ingin memakan darinya, dan untuk meyakinkan hati hati kami, dan
untuk meyakinkan dengan sebenarnya yang engkau telah berkata kepada kami dengan kebenaran.
Kami akan mengabdikan diri diri kami sebagai saksi saksi dengannya.”
Besarnya Mukjizat Mukjizat
Akan Membawa
Tanggungjawab Yang Besar.
114. Berkata Isa anak Maryam, “Ya allah,Tuhan kami, hantarkan untuk kami hidangan dari langit .
Jadikan banyak untuk satu dan kesemuanya diantara kami, dan jadikan ini satu tanda dari
Engkau. Berikanlah kepada kami; Sesungguhnya Engkau sahajalah Pemberi rezeki yang
terbaik.”
115. Allah berkata, “Aku akan menghantarkannya kebawah. Sesiapa sahaja diantara kamu yang
ingkar selepas ini, Akan Aku menghukumnya sebagaimana yang tidak pernah Aku
menghukumkan sesiapa jua pun.”*
Di-Hari Kebangkitan.
116. Allah akan berkata, “Wahai Isa anak Maryam,* adakah engkau berkata kepada manusia,
‘Jadikan aku dan ibuku sekutu disamping Allah?’ Dia akan menjawab, “Segala kepujian
bagiMu. Aku tidak boleh mengatakan apa yang tidak benar. Kalaulah aku mengatakan
demikian, tentu sekali Engkau telah mengetahuinya. Engkau tahu apa yang aku fikirkan,
sedangkan aku tidak ketahui apa yang engkau fikirkan. Sesungguhnya Engkau yang tahu
akan segala rahsia.
117. “Aku mengatakan kepada mereka hanya apa yang Engkau memerintahkan aku untuk
mengatakannya: ‘Kamu mesti menyembah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu.’ Aku
adalah saksi kepada mereka selagi aku masih hidup bersama mereka. Apabila Engkau
tamatkan riwayatku didunia ini, Engkau menjadi Pemerhati kepada mereka.
Sesungguhnya Engkau sahajalah yang menyaksikan segala sesuatu.
118. “Jika Engkau menghukum mereka, mereka adalah hamba hambaMu. Jika Engkau
mengampuni mereka, sesungguhnya Engkau sahajalah yang Maha Berkuasa lagi
Maha Bijaksana.”
119. Allah akan mengishtiharkan, “Inilah harinya apabila kebenaran akan dipelihara dengan
sebaik baik kebenaran dari mereka.” Mereka telah berkelayakkan untuk berada didalam
taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Mereka akan berada disana buat
selama lamanya. Allah menjemput mereka dengan penuh kegembiraan, dan mereka
merasakan keseronokkan yang penuh dengan nikmat yang amat sangat disampingNya.
Ini adalah kemenangan yang paling besar.
120. Kepada Allah sahaja semua kedaulatan yang berada disekelian cekrawala dan bumi, dan
segala gala didalamnya, dan sesungguhnya Dia Maha Berkuasa.
________________________________________________________________________________
*5:114-115 Mukjizat Quran yang mengkagumkan (Appendik Satu) telah dinyatakan didalam
74:35 sebagai “Satu dari mukjizat yang terbesar,” dan membawa bersamanya tanggungjawab
yang besar.
*5:116 Ini perlu diingatkan yang Quran dengan konsistennya memanggil Isa “Isa anak Maryam”
dan Bible memanggilnya “anak kepada manusia.” Allah tahu ada yang mengkufurkan dan
memanggilnya “anak Tuhan”!